katogeri

Friday, 20 January 2012

macaroni n cheese


yummy..cam macaroni cheese kat kenny roger..

neh la cheese yg combie beli on9 dari salah sorang rakan facebook.cuma bancuh dengan air panas sahaja.rasa macam cheese kat atas potato wedges kfc tuhh...


rebus makaroni hingga lembut & tuang cheese...








ikan tenggiri masam goreng bawang




>>> 3 keping ikan tenggiri masam.
>>> cili kering
>>> bawang besar (dihiris nipis)
>>> cili padi 
  • goreng ikan separuh masak.kemudian campur semua bahan-bahan rampai..goreng hingga  ikan masak & cili kering garing...






pedal ayam goreng wangi



  • perap pedal ayam dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit, 1 sudu kecil garam, sedikit serbuk pati ayam & 3 ulas bawang putih yg ditumbuk kasar.


  • goreng garing pedal ayam.
  • bawang putih menaikan aroma yg wangi.



  • cecah sos @ sambal kicap... 





Wednesday, 18 January 2012

sotong masak kicap







  • tumis bawang putih,merah,cili padi,halia yg ditumbuk kasar.
  • bila bahan tumis dah garing masukkan 5 sudu kicap lemak manis,2 sudu kicap pekat,1 sudu sos tiram,garam,serbuk perasa.
  • masukkan sotong yg telah di potong...
  • masukkan tomato & daun sup/bawang.
  • masak hingga sotong masak & kuah menjadi pekat.








Saturday, 14 January 2012

sambal tumis ikan talang masin



goreng ikan masin & terung.


tumis 1 sudu kecil serbuk lada hitam,cili boh,air asam jawa,garam,gula & serbuk pati ikan bilis.tumis hingga sambal pecah minyak & masukkan ikan masin.biarkan sambal agak kering masukkan terung.





ayam sambal tumis cili padi





  • potong memanjang 2 biji ubi kentang.gaul garam & kunyit,goreng hingga masak. 


  • potong kecil ayam.gaul garam & kunyit,goreng hingga masak.


  • tumis seulas bawang putih,seulas bawang merah & 10 tangkai cili padi yang telah di tumbuk.tumis hingga cili padi garing sedikit.


  • masukkan 4 sudu cili boh & sedikit air...masak hingga cili pecah minyak.masukkan garam,serbuk perasa & sedikit air asam jawa.tumis hingga kering kemudian masukkan ubi & ayam yang telah di goreng tadi.







Thursday, 12 January 2012

telur dadar

huhu.....goreng telur dadar pon nak letak kat blog kan..ahak..ahak..saja nak kongsi ngan kekawan..kadang-kadang ada yang tanya,combie letak apa dalam telur..bila goreng wangi semacam ja..bila makan pon rasa len jaa...wangi..pengalaman 2 tahun lebey buka kedai makan tomyam..abang nan(made in thailand) :p tukang masak kat kedai combie tu dulu ajar..masukkan sedikit kicap sotong & kicap gunung emas.kicap sotong senang nak dapat.banyak jual kat supermarket.kicap gunung emas tempat2 special ja ada...huhuhu serius wangi jaa telur dadar tu letak 2 kicap neh..xpayah + garam bagai dah..kalau x dak kicap gunung emas,guna kicap sotong pon ok..sebagai pengganti garam..kulit luwa telur garing ,dalam gebu..lembut..


pukul 2 biji telur hingga kembang,+bawang merah cincang+cili api potong halus2.masukan sedikit kicap sotong/kicap gunung emas.


panaskan minyak...& goreng garing..


maw kena ngan sup tulang semangkuk...memang terangkat...

sup suun sawi

tumis bawang putih,bawang merah hingga wangi.tuang segelas air.tambah serbuk pati ikan bilis dan garam.



bila sup dah mendidih masukkan suun,pucuk & cendawan hitam yang telah di rendam.

tambah sawi cina dan cili merah.masak hingga sawi layu.



asam pedas ikan kembong

menu semalam nehh..asam pedas rebus ikan kembong...masakkan paling senang..main campak-campak jew..




  • blender 3 tangkai cili merah,10 tangkai cili kering(direbus),sedikit belacan.
  • masukan dalam kuali bahan yang diblender.tambah air.
  • rebus hingga mendidih.masukan asam keping,garam,serbuk perasa.
  • masukkan timun,ikan.
  • bila ikan agak setengah masak,masukkan tomato,bunga kantan,daun kesum & bawang besar yang di hiris.
  • dah siap....... :))




Monday, 9 January 2012

sambal tumis udang galah petai


malam semalam g shoping barang2 dapo sket kat sunshine square bayan baru...housemate combie terushar la udang2 galah kat area barang2 basah complex neh..mulanya dye nk beli buah ciku ja..dah lama ngidam nak makan buah ciku..sekali tenampak udang galah neh besar2..dah terkecur ayaq liuq dye..ahak..ahak..dye tnya combie mahal dak..tengok harga rm37.00 500 gram..combie amek 4 ekor besar2 minta orang yang jual tu timbang dulu..rm27.50..housemate combie neh senyum2 jew..pastu minta tambah lagi 2 ekor..total rm32.80.. dye minta combie masak sambal tumis..haaa...combie on jew..janji dye sponser bayar :p...combie sponser tenaga r..wakakakaa...jalan2 lagi kat tempat sayur..ternampak la pulak buah petai segar bugar menhijau..sambar sepeket..maka malam tu terhasil la SAMBAL TUMIS UDANG GALAH PETAI..huhhh berpeluh makan...jom tengok combie masak camne... =))




tumis bawang putih,bawang merah hingga garing.masukkan cili kering+cili api+bawang besar yang telah di kisar.campak seketul kecil belacan sket,kasi wangi2..masukkan garam,serbuk perasa,air asam jawa & sedikit gula.tumis hingga pecah minyak.


bila sambal dah masak & pecah minyak masukkan udang & petai..masak hingga udang tu masak & kuah pekat.


JENG..JENG..JENG..!!!
huh.......


urm...


yummyy..


wooo...besaq kan udang neh?xperlu sayur2 bagai dah...macam neh pun dah cukup terangkat...3x kali tambah si housemate combie tu..habis 2 ekoq si galah neh kat dye..combie bley jalan sekoq ja..tu pon termonyeh2 nak menghabiskan.. =)

Sunday, 8 January 2012

ikan bakar air asam

salam semua....hari minggu neh rasa nak makan ala-ala kampung sket ar...dah lama tak makan ikan bakar cecah air asam..menu ala-ala diet gitu.... :p




perap ikan dengan sedikit garam,kunyit & serbuk cili.bakar dlm pan hingga masak...
(kalau ada arang lebih sedap)


camneh la rupa ikan bakar combie..garing di luar,lembut di dalam. :))


untuk air asam:hiris nipis tomato,bawang merah,cili padi,cili merah,buah limau.
bahan-bahan lain:air suam,garam,gula,asam jawa & belacan.


gaul semua bahan air asam hingga sebati...pastikan cukup rasa asam,garamnya.


menu sampingan yang wajib...ulam-ulaman..



Saturday, 7 January 2012

cucur udang


  • tepung gandum
  • 1 biji telur
  • udang putih kecil
  • kucai
  • togei
  • bawang besar
  • cili merah
  • garam
  • gula
  • air suam
  • campur semua bahan-bahan di atas.gaul sebati dan biarkan sebentar sebelum di goreng.
  • sendukkan tepung & goreng tenggelam dalam minyak panas.
  • hidang panas-panas bersama sos cili/kuah kacang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...