katogeri

Wednesday, 28 November 2012

Nasi goreng traffic light berdaging


Bahan-bahan ( 1 org )

100gm daging [dihiris nipis]
1cawan nasi putih
bawang besar [dihiris]
bawang putih [dihiris]
lada benggala / capsicum warna merah,kuning dan hijau [dipotong kiub]
3 sudu besar cili kisar
 2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
brokoli [dicincang]
sebiji telur
garam,lada hitam dan ajinamoto secukup rasa

Cara-cara:
  • tumis bawang hingga wangi.masukan cili kisar,tumis hingga cili masak.
  • masukkan sos tiram & kicap pekat.masukan daging,goreng 2-3 minit.
  • masukkan capsicum,brokoli.goreng sebentar,masukkan nasi,garam,aji & lada hitam.
  • kacau goreng.pecah sebiji telur.gaul hingga sebati.
  • hias ikut kreativiti msg2. :)

Daging Masak Merah Ala Thai




1/2 kilo Daging  - di rebus dengan pewarna merah & dipotong nipis
2 sudu besar lada kering - yang diblend
1 biji bawang besar - dipotong 4
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang ler pada masing2, nak pedas tambah lagi, tak nak buleh kurangkan)
sebiji cili hijau besar-buang biji & potong memanjang
1 biji tomato - potong 4
daun bawang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
Serai - dititik
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
1 cawan air rebusan daging

  • panaskan minyak,tumis bawang putih sampai layu
  • masukkan cili kisar, kacau hingga garing
  • masukkan daging, goreng selama 2 minit
  • campur kan semua sos, kacau hingga sebati
  • masukkan  air rebusan
  • dah dekat nak masak, masukkan bawang, daun bawang , cili dan tomato
  • rasakan garam dan gula
  • kacau hingga bawang nampak layu dan kuah pekat
  • tutup api sedia dihidang

Monday, 26 November 2012

tomyam sotong & jejari ketam


bahan-bahan

  • 3 ekor sotong
  • jejari ketam
  • kacang peas
  • brokoli
  • bawang besar
  • tomato
  • serai (dititik )
  • daun limau
  • lengkuas
  • perencah tomyam 
  • cili api (ditumbuk )
  • jus limau
  • garam
  • gula
  • 1 sudu kicap sotong
cara memasak
  1. panaskan air di dalam periuk.bila mendidih campakan serai,lengkuas,perencah tomyam & daun limau.
  2. masukan sotong, jejari ketam, bawang besar & tomato yg di potong 4.
  3. bila dah mendidih masukan brokoli, kacang peas, cili api, jus limau, garam, gula & kicap sotong.
  4. renih hingga masak.hidangkan panas2 dengan nasi putih.  

bihun goreng ayam spicy

bahan-bahan

  • bihun (direndam hingga lembut )
  • isi ayam
  • sawi
  • tomato
  • 2 biji telur
  • minyak
  • bawang putih & bawang merah (dihiris )
  • 3 sudu cili kisar
  • lada hitam
  • 5 tangkai cili api (dicincang )
  •  garam
  • gula
  • serbuk pati ayam
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
cara memasak
  1. perap isi ayam dengan lada hitam & garam
  2. tumiskan bawang hingga wangi.
  3. masukan cili kisar.goreng hingga cili agak garing.
  4. masukan ayam yg di perap tadi.goreng hingga ayam masak.
  5. masukan sos tiram,sos cili,gula,garam & pati ayam.
  6. letakkan bihun, sawi & tomato.kacau goreng hingga sebati.
  7. pecahkan telur.tabur cili api.goreng hingga semua sebati dengan gihun.
  8. hidangkan dalam pinggan.tabur bawang goreng dan daun sup/bawang.

ikan bakar crispy n spicy


bahan-bahan

  • ikan kembung @ lain2 jenis ikan pun boleh.
  • garam
  • lada hitam
  • minyak zaiton
  • serbuk cili 
  • bawang putih
  • bawang merah
  • kacang gajus
  • serbuk parpika
cara memasak
  1. perap ikan dengan garam,serbuk parpika,serbuk cili & lada hitam.
  2. panaskan pan.letak sedikit minyak zaiton.
  3. grill ikan tadi hingga masak.letakan dalam pinggan.
  4. di dalam pan yg sama, tumis gajus,bawang putih & bawang merah yg dicincang hingga garing.
  5. taburkan bahan tumis garing tadi di atas ikan.
  6. siap di hidangkan.
(klu rajin buat ler air asam or sambal kicap.. ('_')

ikan singgang



  • ikan kembung / kayu @ sebagainya.
  • 4 keping asam keping.
  • 5 biji cili api (di tumbuk kasar )
  • bendi
  • cili hijau besar
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • bawang merah & bawang putih ( dimayang )
  • garam
  • air
  • 1/2 sudu budu.
  1. panaskan air.masukan ikan,asam keping,bawang & garam.
  2. masukan bendi,cili api,cili hijau,tomato & budu.
  3. rebus hingga ikan masak & rasa asam garamnya.. ('_')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...