katogeri

Showing posts with label aneka ikan. Show all posts
Showing posts with label aneka ikan. Show all posts

Saturday, 8 December 2012

sup ikan simple



bahan-bahan :

  • 500 gram isi ikan (apa jenis ikan pun boleh)
  • brokoli,capsicum,cendawan
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu jus lemon / limau
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 3 cawan air  
  • 1 sudu minyak zaitun
  • garam & serbuk perasa secukupnya.
cara memasak :
  1. panaskan minyak zaitun,tumis bawang yg ditumbuk hingga wangi.tambah serbuk lada putih,biarkan bawang agak garing.
  2. masukkan air,garam,serbuk perasa & jus lemon.
  3. bila dah mendidih baru masukkan ikan & sayur.
  4. biarkan mendidih lagi.rasa asam garamnya, & siap untuk di hidangkan.
  5. :))

Monday, 26 November 2012

ikan bakar crispy n spicy


bahan-bahan

  • ikan kembung @ lain2 jenis ikan pun boleh.
  • garam
  • lada hitam
  • minyak zaiton
  • serbuk cili 
  • bawang putih
  • bawang merah
  • kacang gajus
  • serbuk parpika
cara memasak
  1. perap ikan dengan garam,serbuk parpika,serbuk cili & lada hitam.
  2. panaskan pan.letak sedikit minyak zaiton.
  3. grill ikan tadi hingga masak.letakan dalam pinggan.
  4. di dalam pan yg sama, tumis gajus,bawang putih & bawang merah yg dicincang hingga garing.
  5. taburkan bahan tumis garing tadi di atas ikan.
  6. siap di hidangkan.
(klu rajin buat ler air asam or sambal kicap.. ('_')

ikan singgang



  • ikan kembung / kayu @ sebagainya.
  • 4 keping asam keping.
  • 5 biji cili api (di tumbuk kasar )
  • bendi
  • cili hijau besar
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • bawang merah & bawang putih ( dimayang )
  • garam
  • air
  • 1/2 sudu budu.
  1. panaskan air.masukan ikan,asam keping,bawang & garam.
  2. masukan bendi,cili api,cili hijau,tomato & budu.
  3. rebus hingga ikan masak & rasa asam garamnya.. ('_')

Sunday, 3 June 2012

sambal tumis ikan merah



tumis bawang,cili kisar hingga pecah minyak
masukkan 2 sudu sos cili,garam & gula.masukkan bawang besar & cili padi yg dihiris.
masukkan ikan merah yg telah di goreng.

ikan selar masak sambal


bahan kisar :
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • segenggam cili kering(direbus)
  • sedikit belacan



 ikan selar dibersihkan.lumur garam & kunyit kemudian goreng.
tumis bahan yg dikisar hingga pecah minyak.
perasakan dengan garam,gula & air asam jawa.
tabur hirisan bawang merah.
curahkan ke atas ikan yg di goreng tadi.

kembung grg pedas celup budu :)



  • perap ikan dgn garam,kunyit & secubit lada itam.grg garing.
  • dlm kuali yg lain,panaskan sdkit minyak.tumis bawang putih cincang hingga garing.
  • kemudian tumiskan 2 labu bawang besar yg dihiris,10 tangkai cili padi yg di tumbuk kasar & sebatang serai yg dititik.
  • bila bawang agak layu,masukkan 1 sudu kecil cili boh,sedikit garam & serbuk perasa.
  • curahkan bawang goreng atas ikan tadi...& perahkan sedikit buah limau.
  • campurkan budu dengan limau & cili.





Friday, 20 January 2012

ikan tenggiri masam goreng bawang




>>> 3 keping ikan tenggiri masam.
>>> cili kering
>>> bawang besar (dihiris nipis)
>>> cili padi 
  • goreng ikan separuh masak.kemudian campur semua bahan-bahan rampai..goreng hingga  ikan masak & cili kering garing...






Saturday, 14 January 2012

sambal tumis ikan talang masin



goreng ikan masin & terung.


tumis 1 sudu kecil serbuk lada hitam,cili boh,air asam jawa,garam,gula & serbuk pati ikan bilis.tumis hingga sambal pecah minyak & masukkan ikan masin.biarkan sambal agak kering masukkan terung.





Thursday, 12 January 2012

asam pedas ikan kembong

menu semalam nehh..asam pedas rebus ikan kembong...masakkan paling senang..main campak-campak jew..




  • blender 3 tangkai cili merah,10 tangkai cili kering(direbus),sedikit belacan.
  • masukan dalam kuali bahan yang diblender.tambah air.
  • rebus hingga mendidih.masukan asam keping,garam,serbuk perasa.
  • masukkan timun,ikan.
  • bila ikan agak setengah masak,masukkan tomato,bunga kantan,daun kesum & bawang besar yang di hiris.
  • dah siap....... :))




Sunday, 8 January 2012

ikan bakar air asam

salam semua....hari minggu neh rasa nak makan ala-ala kampung sket ar...dah lama tak makan ikan bakar cecah air asam..menu ala-ala diet gitu.... :p




perap ikan dengan sedikit garam,kunyit & serbuk cili.bakar dlm pan hingga masak...
(kalau ada arang lebih sedap)


camneh la rupa ikan bakar combie..garing di luar,lembut di dalam. :))


untuk air asam:hiris nipis tomato,bawang merah,cili padi,cili merah,buah limau.
bahan-bahan lain:air suam,garam,gula,asam jawa & belacan.


gaul semua bahan air asam hingga sebati...pastikan cukup rasa asam,garamnya.


menu sampingan yang wajib...ulam-ulaman..



Saturday, 11 June 2011


dah berape minggu ceq tingin nak makan ikan patin masak tempoyak.skunk pon dok musim durian kan.senang jew nak dapat tempoyak.akhirnya malam ni termakbul juga hasrat ceq nak try mencuba masakan masyarakat orang termerloh pahang nie.balik kerja tadi ceq truz siapkan bahan...





  • tumis cili padi ngan kunyit hidup yg telah ditumbuk halus.
  • masukan air,bunga kantan,daun kesum,serai yg dititik,asam keping,tempoyak & ikan patin.
  • bila dh mendidih masukan garam & sedikit gula.masak sampai pekat.
  • ciiaaapppp dah pun...senang jew kan. 




petua
*ikan patin cuci bersih.rendam asam garam.cuci lagi,rendam dalam air cucian beras.bilas bersih ikan.
*masakan ikan patin tempoyak asli pahang tidak mengunakan bawang.
*kalau x da daun kesum & bunga kantan guna daun kunyit sebagai ganti.



urrmm bertambah2 nasi family ceq makan malam nie...mmg sedap..try k resepi neh..

Wednesday, 25 May 2011

Tambah kapsyen


urrmm...tengahari neh ceq bt kari ikan + teloq ikan...adik kesayangn ceq tu tingin sgt ler nak makan teloq ikan...ceq buat khas tuk dye la neh...try r resepi ceq.kari ikan piauuu punyeerrr...

                               bahan-bahan:
                                - ikan kembong 
                                - telur ikan
                                - bendi
                                -tomato
                               -air asam jawa

                               bahan A 
                               bawang putih  {hiris}
                               bawang merah {hiris}
                              herba campur
                              daun kari
        *rempah kari babas[bancuh dengan 1/2 gelas air]





  1.  tumis bahan A hingga wangi n garing.
  2. tuang rempah yg di bancuh tadi.masak api kecil hingga pecah minyak.
  3. bila rempah dah pecah minyak,tuang air & air asam jawa.
  4. masuk telur ikan,ikan,bendi & tomato
  5. akhir skali garam & serbuk perasa..
  6. ciappp....


       taaaddaaa... :) nalaaa...



Saturday, 14 May 2011

ikan kembong stim ranggup

bahan-bahan:
6 ekor ikan kembong nipis

bahan A:
5 ulas bawang merah kecil }di cincang
3 ulas bawang putih           }di cincang

bahan B:
2-4 biji cabai melaka }di potong nipis
1 camca kicap manis
1 camca sos tiram
1/2 camca minyak bijan
garam
serbuk perasa
sedikit air asam jawa
minyak
1/2 cawan air

hiasan:
8 keping daun salad

cara memasak:
(1)bersihkan ikan dengan asam garam.kemudian lumur dengan sedikit garam dan kukus sehingga masak.
(2)tumis bahan A.goreng hingga garing,kemudian angkat dan ketepikan.
(3)masukan semua bahan B ke dalam kuali dan didihkan seketika.
(4)susun salad di atas pinggan.letak ikan yg telah di kukus tadi.kemudian tuangkan kuah.akhir sekali tabur kan bawang yg telah di goreng.

:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...