katogeri

Friday, 23 March 2012

strawberry coklat with badam




strawberry segar...coklat masakan...kacang badam hancur...

gunakan kaedah double boiller untuk cairkan coklat masakan..
celup strawberry dlm coklat yg telah cair.
golek2kan dlm mangkuk yg dipenuhi kacang badam yg telah dibakar.
sejukkan sebelum di hidang.




Saturday, 17 March 2012

telur lambuk



goreng isi udang & isi ikan yg dicincang dengan sedikit planta.
tambah isi ketam,bawang merah,cili padi & brokoli.
masukkan garam & serbuk perasa.
masukkan 2 biji telur.goreng & hancurkan telur.
siap utk dimakan dengan roti @ nasi.

siput belitung masak lemak cili api



  • 1/2 kilo siput belitung.(potong hujung)
bahan (A)
  • 2cawan santan
  • garam
  • serbuk perasa
  • sebatang serai dititik
  • daun kunyit(dicarik & simpul)
bahan tumbuk (B)
  • kunyit hidup
  • halia
  • cili padi
  • 3 ulas bawang merah
cara masak
  • cuci bersih siput & rebus.toskan.
  • satukan bahan A dan B dlm kuali.
  • masukkan siput yg telah direbus tadi.
  • biar mendidih hingga masak sebati. 


nasi goreng ayam



tumis bawang putih,bawang merah cili padi(ditumbuk)& cili boh hingga garing.
tambah sayur campur & sbiji telur.
masukan spinggan nasi putih.tambah kicap,garam & serbuk perasa.goreng hingga rata.
perap ayam dgn garam,kunyit & sedikit rempah daging,kemudian goreng garing.

ayam budu


tumis 2 labu bawang besar yg dihiris & 10 tangkai cili padi yg ditumbuk kasar.

masukan 1 sudu kecil cili boh & 1 sudu sos cili.tabur sedikit garam & serbuk pati ayam.
masak hingga bawang layu.xperlu garing sangat.kemudian masukkan ayam yg telah siap di goreng.
goreng kacau hingga sebati.hidangkan dengan budu.

budu tue perah asam limau sbiji..klu suka pedas tambah cili padi potong.








cendawan sos tiram






  • combie guna 3 jenis cendawan.cendawan cina,cendawan enoki & cendawan eryngii.potong nipis cendawan.basuh,bilas hingga bersih.

  • rebus carrot,brakoli & peas hingga lembut,toskan.


  • tumis seulas bawang putih.masukan secawan air.
  • masukan 5 sudu sos tiram, 2 sudu kicap cair & sedikit serbuk perasa.
  • masukan semua cendawan yg telah dibersihkan.
  • renih hingga cendawan masak.


  • hidangkan dengan sayur2 yg direbus tadi..hias ikut kreativiti masing2 yerrr... :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...